Orang ramai diminta untuk tampil menderma darah di Pusat Darah negara dan Tabung Darah seluruh negara.
Layari facebook Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Tabung Darah Negeri untuk maklumat lanjut.
Bantu kami dengan menderma darah.
#darahtakpernahcuti
Rehabilitasi adalah suatu proses rawatan seseorang pesakit dengan tujuan untuk mencapai kefungsian/kebolehan maksimum dari segi fizikal, mental, sosial dan emosi sekaligus menekankan keseimbangan kualiti kehidupan individu secara holistik.
Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) menawarkan perkhidmatan ‘pusat sehenti’ atau ‘one stop center’ bagi memudahkan proses rawatan pesakit dalam persekitaran yang selesa dan kondusif.
Perkhidmatan dan matlamat HRC ini sejajar dengan visi KKM serta memenuhi keperluan ‘WHO Rehabilitation 2030 Initiative’ untuk menyampaikan perkhidmatan rehabilitasi secara menyeluruh melalui pengukuhan dan integrasi dalam sistem kesihatan sekaligus memastikan kepentingan perubatan rehabilitasi dalam memastikan kesihatan sejagat.
KKM ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik racun berjadual.
Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli professional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti dikongsikan.
Semak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan: Melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my; Melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.