Kepatuhan kepada arahan semasa kerajaan
Mengambil peluang ini juga, mari kita sama-sama berganding bahu dan bersatu hati agar ;
1. Duduk di rumah. Hanya seorang daripada wakil keluarga sahaja membeli barang keperluan.
2. Jaga jarak sosial. Jaga jarak 1 meter apabila berada di luar, terutamanya ketika membeli barang.
3. Jangan sebar berita PALSU.
Apa boleh buat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?
1. Baca buku. Kalau takde buku, boleh beli online. Ada penerbit buku yang tawarkan diskaun sepanjang PKP ni.
2. Jika nak minimakan pergerakan di luar, boleh juga beli barang atau bayar bil secara online. Sekarang saya pun beli barang kat Shoppee je. Hehe.
3. Mengemas rumah.
4. Bonding time bersama keluar.
5. Senam di rumah.
Jaga diri, jaga kesihatan, duduk di rumah & stay safe. - Menteri Kesihatan, YB Dato’ Seri Dr Adham Bin Baba
Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Dua (2) pesakit yang sembuh dan discaj dibenarkan pulang ke rumah lewat petang semalam.
Kedua-dua kes disahkan positif pada 14 Februari 2020.
Dengan ini, pesakit yang sembuh dan discaj adalah 17 orang. Manakala 5 lagi yang masih terima rawatan:
- Tiga (3) di Hospital Kuala Lumpur
- Seorang (1) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah
- Seorang (1) di Hospital Sungai Buloh
Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnnya terdapat kes COVID-19 di Iskandar Puteri, Johor Bahru.
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Pengarah Kesihatan Negeri Johor:
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) memaklumkan berita tersebut adalah tidak benar.
Pejabat kesihatan daerah telah menerima laporan kes disyaki dan telah membuat siasatan di lokasi berkenaan. TIADA kes COVID-19 dikenalpasti di kawasan tersebut.
Sumber : Sebenarnya.my
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.
Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
✅ Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
✅ Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
✅ Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
✅ Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
✅ Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
✅ Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
Sekian, harap maklum.