curang

Dikhianati oleh orang yang anda sayangi bukan sahaja boleh beri kesan buruk kepada emosi anda, tetapi ia juga boleh menjejaskan kesihatan anda secara keseluruhannya.

✅ Berbual dan luahkan kekecewaan kepada rakan/ ahli keluarga yang anda percaya
✅ Sentiasa dapatkan sokongan dari keluarga dan rakan
✅ Dapatkan khidmat kaunselor untuk terapi kaunseling. Boleh cuba Talian Heal 15555. Yang dikendalikan pegawai kaunseling KKM.

Sayangi diri anda, kerana diri anda begitu berharga dan percayalah masih ramai yang menyayangi dan menghargai anda ❤️
 

Setiap dari kita berada di garis masa yang tersendiri. Mana mungkin boleh dibandingkan walau bermula di titik yang hampir sama.

Namun jika kita lihat garis masa orang lain sedang bahagia, sedang mencipta kejayaan, bergembiralah untuk mereka, kerana kita tidak tahu apa perit jerih yang mereka lalui untuk memperoleh kejayaan tersebut.

Trust the process, bahagian anda akan tiba Insyallah

emp

Jom lakukan bersama.
Sentiasa amalkan 3W, Elak 3S, ambil vaksin dan dos penggalak, serta lakukan TRIIS sekiranya bergejala.
Walaupun kebanyakan gejala jangkitan adalah ringan, tetapi mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai ko-morbid serta tidak divaksin, berisiko lebih tinggi mendapat gejala teruk.
410196828 757085353120137 9088343546188507905 n
Kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki dan kanser kedua paling kerap berlaku dalam kalangan wanita.

Namun, kanser ini dapat dicegah dan dirawat dengan berkesan jika dikesan pada peringkat awal.

Lakukan saringan berkala di hospital dan klinik kesihatan kerajaan jika anda berisiko mendapat kanser ini.
61

Ramai suami yang dahulunya sihat dan aktif sebelum kahwin, menjadi boroi dan gemuk. Ini kerana aktiviti yang digemari sebelum ini seperi bersukan, memancing dan aktiviti luar tidak dapat diteruskan kerana komitmen penuh kepada keluarga.

Ada yang bagai telah dirantai kaki sehingga segala geri dikawal. Ada yang takut untuk membeli barang untuk self reward sehingga nak beli barang untuk diri sendiri perlu disorok hantar ke pejabat.

Berbeza dengan wanita, lelaki sikapnya memang tidak suka bercakap. Seronok pun diam, sedih pun diam, banyak yang dipendam menyebabkan risiko masalah mental berganda.

Mereka hanya boleh menjadi “diri sendiri” apabila bersama dengan rakan. Oleh itu sekali sekala benarkan mereka untuk keluar bersosial tanpa ditemani isteri dan keluarga.

Beri suami “me time” untuk melakukan aktiviti yang digemari, galakkan suami untuk aktif semula di padang dan beri mereka secebis kebebasan seperti zaman bujang.

Sekali sekala benarkan mereka hadiahkan sesuatu untuk diri sebagai reward. Walaupun tubuh besar , didalamnya masih anak kecil yang ada banyak impian dan barang barang yang ingin dibeli.

BEBAS