Penyakit mpox boleh merebak dalam kalangan manusia melalui beberapa cara.
Penularan dari individu yang dijangkiti mpox ke individu lain boleh berlaku melalui sentuhan langsung dengan kulit individu yang dijangkiti termasuk hubungan seksual, serta permukaan objek yang dicemari oleh cecair badan pesakit mpox.
Penularan juga boleh berlaku melalui titisan pernafasan atau aerosol kepada individu yang bersemuka atau kontak rapat yang berpanjangan.
Kekejangan otot ialah kontraksi otot yang kuat di luar kawal. Kontraksi otot ini berterusan dan ianya berlaku secara tiba-tiba. Keadaan tersebut menimbulkan rasa sakit yang mengganggu pergerakkan anggota tersebut. Kekejangan otot sering kali berlaku ketika bersukan dan semasa menjalankan aktiviti fizikal terutamanya di kalangan atlet.
Punca berlakunya kekejangan adalah disebabkan oleh pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan dan pada masa yang sama mengakibatkan kandungan oksigen serta nutrien di dalam otot semakin berkurangan.
Namun, diet yang kaya dengan potasium, kalsium dan magnesium boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.
Buah-buahan ๐๐ฅญ dan sayur-sayuran ๐ฅฆ๐ฅฌ sering dikenali sebagai makanan yang baik untuk kesihatan dan tubuh badan. Namun, buah dan sayur sebenarnya membantu dalam mencegah penyakit dan dapat meningkatkan daya tahan badan.
Pelbagai buah dan sayur dalam pengambilan makanan harian dapat membantu memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh badan.
Buah dan sayur boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut selera dan kreativiti anda dalam menyediakan makanan. Kebiasaannya, buah-buahan akan diambil terus sebagai snek atau pembuka selera.
Sayur-sayuran pula boleh dimakan mentah untuk dijadikan ulam-ulaman. Sesetengahnya dimasak dan dicampurkan bersama kumpulan makanan yang lain seperti ayam ๐, daging ๐ฅฉ, ikan ๐ dan kekacang ๐ซuntuk dijadikan sebagai hidangan.
โผ๏ธWalau bagaimanapun, bagi anda yang menghidapi diabetes, pengambilan buah-buahan perlu dikawal dan mengikut saranan yang ditetapkan.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Dikongsikan langkah mencuci tangan dengan betul.
Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.
Amalkan membasuh tangan dengan betul.
Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit berjangkit termasuk penyakit Influenza, HFMD dan COVID-19.