FASA PERALIHAN KE ENDEMIK

Langkah 3 – Pakai pelitup muka dengan betul. Kami semua dan anda. Tanggungjawab bersama.

😷 Pelitup muka merupakan alat perlindungan diri (PPE) yang penting untuk mencegah penyebaran virus COVID-19.
😷 Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan semasa fasa Peralihan ke Endemik.
✅Pastikan memakai pelitup muka dengan betul melitupi hidung dan mulut.
❗Pelitup muka yang longgar atau pemakaian yang tidak betul membolehkan titisan cecair dari hidung dan mulut keluar dan menjangkiti orang lain.
❗Kita juga mungkin tersedut partikel virus COVID-19 yang terapung di udara.
 
275793022 338837238278286 387006250437773240 n
Ujian RTK-Ag dijalankan dengan menggunakan teknik immunoassay chromatography. Pengguna perlu menjalankan pengujian seperti yang disarankan di dalam arahan kit untuk mendapatkan keputusan yang tepat.

KKM amat menyarankan agar orang awam mengoptimakan ujian RTK-Ag kendiri sebagai ujian saringan bagi mengesan jangkitan COVID-19 dan membuat laporan kendiri bagi keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera.

Semua keputusan ujian kendiri sama ada positif, negatif, atau invalid wajib dimasukkan ke dalam aplikasi MySejahtera (self-reporting).

✅ Dikongsikan kaedah mengintreprasikan keputusan ujian kendiri RTK-Ag serta faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada keputusan false positive atau false negative.
 
 275300666 332318298930180 9043686070374001932 n

Status COVID-19 di Malaysia setakat 19 Januari 2022.

Untuk maklumat lanjut, layari covidnow.moh.gov.my

272001433 299463988882278 4604994864461022167 n

Jika anda ke tempat tumpuan ramai, sila pakai pelitup muka dengan betul serta cuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan.

Amalan yang betul melindungi keluarga dan komuniti anda daripada COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

273159500 255717856710191 6435166911681795742 n