Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan bahawa jangkitan cacar monyet (monkeypox) sebagai Kejadian Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kebimbangan Antarabangsa (Public Health Emergency Of International Concern (PHEIC). Keputusan ini dibuat berdasarkan:
Peningkatan mendadak jumlah kes yang dilaporkan oleh negara-negara bukan endemik monkeypox;
Wabak ini telah memenuhi tiga (3) kriteria PHEIC iaitu kesan kejadian kepada kesihatan awam, kejadian luar jangka dan risiko
penularan rentas sempadan; dan
Bukti dan data saintifik berkaitan jangkitan ini
Pengembara-pengembara yang tiba dari negara-negara terbabit, dinasihatkan memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan monkeypox untuk tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.
KKM juga menyeru individu yang mempunyai gejala monkeypox untuk segera ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Elakkan dari kontak dengan orang lain bagi mengelakkan penularan jangkitan.