Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.
Rukun Negara dibentuk untuk membina perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Kredit : Berita RTM

Asal-usul Nama Kampung Parit Asam Kumbang

Sejarah kampung ini bermula dan diberikan nama Kampung Parit Asam Kumbang bersempena dengan nama sebatang pokok yang dikenali sebagai Pokok Asam Kumbang. Pokok Asam Kumbang ini tumbuh membesar dan terletak di tengah-tengah kampung tersebut. Pada waktu dahulu, penduduk kampung akan mengutip buah asam kumbang ini untuk dijadikan makanan harian sebagaimana buah-buahan yang lain. Pokok Asam Kumbang ini masih lagi hidup membesar di Kampung Parit Asam Kumbang Darat dan dianggarkan telah berusia 200 tahun. Pokok Asam Kumbang ini terletak di kawasan tanah wakaf surau Darul Akhsan Kampung Parit Asam Kumbang.  Pokok Asam Kumbang ini akan terus dikekalkan sebagai warisan sejarah kampung tersebut.

Keunikan di Kampung Asam Kumbang

Bercerita mengenai keunikan Kampung Asam Kumbang, terdapat sebuah kolam air didakwa penduduk tidak pernah kering dan sentiasa jernih. Menurutnya, kolam tersebut pernah digunakan suatu masa dahulu oleh jemaah surau mengambil wuduk dan membersihkan diri selepas selesai urusan pengebumian di tanah perkuburan yang terletak bersebelahan surau.

“Suatu ketika dahulu, pernah terjadi kemarau di sini, namun air kolam tidak pernah kering dan sentiasa dipenuhi air. Selain itu, air kolam ini juga tidak keruh dan berbau seperti kolam tadahan air hujan yang lain,” pencerita.

Difahamkan, kolam terbabit telah wujud sebelum surau dibina di situ dan tidak dipastikan usia sebenarnya.

Untuk mengetahui tentang Kampung Asam Kumbang yang telah diterbitkan oleh Sinar Harian klik disini http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pokok-berusia-200-tahun-masih-wujud-1.323790