KKM ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik racun berjadual.

Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli professional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti dikongsikan.

Semak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan:🌐 Melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my;📱 Melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

 

307081166 461142936047715 8245642082987988870 n