Adakah Paxlovid pengganti kepada vaksin COVID-19?

Paxlovid bukan pengganti vaksin COVID-19. Vaksin tetap perisai utama melawan COVID-19 dan ubat antiviral Paxlovid hanya untuk golongan pesakit tertentu yang memerlukan dan memenuhi kriteria kelavakan.

297822780 432066658955343 207330864466877371 n

nyet

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan bahawa jangkitan cacar monyet (monkeypox) sebagai Kejadian Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kebimbangan Antarabangsa (Public Health Emergency Of International Concern (PHEIC). Keputusan ini dibuat berdasarkan:

1️⃣ Peningkatan mendadak jumlah kes yang dilaporkan oleh negara-negara bukan endemik monkeypox;
2️⃣ Wabak ini telah memenuhi tiga (3) kriteria PHEIC iaitu kesan kejadian kepada kesihatan awam, kejadian luar jangka dan risiko
penularan rentas sempadan; dan
3️⃣ Bukti dan data saintifik berkaitan jangkitan ini

Pengembara-pengembara yang tiba dari negara-negara terbabit, dinasihatkan memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan monkeypox untuk tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

KKM juga menyeru individu yang mempunyai gejala monkeypox untuk segera ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Elakkan dari kontak dengan orang lain bagi mengelakkan penularan jangkitan.
Sehingga ME 17/2022, sebanyak 22,463 kes kaki, tangan & mulut (HFMD) telah dilaporkan di Malaysia, peningkatan 12.8 kali ganda berbanding pada ME yang sama tahun 2021.

Penyakit HFMD disebabkan oleh Enterovirus yang merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit.

KKM ingin menasihati orang ramai, terutamanya yang mempunyai anak-anak kecil mengambil cakna terhadap sebarang risiko jangkitan.

Ingat! Kanak-kanak yang dijangkiti perlu dibawa ke klinik untuk rawatan.

#SihatSejahteraSyawal

279397186 371546755007334 1999347977992569606 n

🦷 Fakta atau Mitos?

🦷 Dapatkan fakta mengenai kesihatan pergigian kanak-kanak.

🔎 Biasakan anak dengan amalan penjagaan pergigian yang baik dan lakukan pemeriksaan gigi secara berkala dari usia muda. 

286717021 397487592413250 5990507392194208304 n
Selaras dengan fasa 'Peralihan ke Endemik', pelaksanaan bazar Ramadan mampu memberi peluang kepada peniaga kecil untuk menjana pendapatan.

Namun, kita masih dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19.
Oleh itu, pengunjung bazar Ramadan dinasihatkan supaya sentiasa memakai pelitup muka dengan betul, tidak bersesak-sesak, dan sentiasa mematuhi penjarakan fizikal sekiranya boleh ketika berada di bazar Ramadan.

Ingat❗
📱Imbas MySejahtera di pintu masuk bazar
😷 Pakai pelitup muka dengan betul
↔️ Jaga jarak fizikal ketika sedang memilih dan membeli juadah
🖐️ Sentiasa amalkan kebersihan tangan

🌙Selamat berbuka puasa
277660911 349526620542681 2491707342458341779 n