Rehabilitasi adalah suatu proses rawatan seseorang pesakit dengan tujuan untuk mencapai kefungsian/kebolehan maksimum dari segi fizikal, mental, sosial dan emosi sekaligus menekankan keseimbangan kualiti kehidupan individu secara holistik.
Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) menawarkan perkhidmatan ‘pusat sehenti’ atau ‘one stop center’ bagi memudahkan proses rawatan pesakit dalam persekitaran yang selesa dan kondusif.
Perkhidmatan dan matlamat HRC ini sejajar dengan visi KKM serta memenuhi keperluan ‘WHO Rehabilitation 2030 Initiative’ untuk menyampaikan perkhidmatan rehabilitasi secara menyeluruh melalui pengukuhan dan integrasi dalam sistem kesihatan sekaligus memastikan kepentingan perubatan rehabilitasi dalam memastikan kesihatan sejagat.