Ramai suami yang dahulunya sihat dan aktif sebelum kahwin, menjadi boroi dan gemuk. Ini kerana aktiviti yang digemari sebelum ini seperi bersukan, memancing dan aktiviti luar tidak dapat diteruskan kerana komitmen penuh kepada keluarga.
Ada yang bagai telah dirantai kaki sehingga segala geri dikawal. Ada yang takut untuk membeli barang untuk self reward sehingga nak beli barang untuk diri sendiri perlu disorok hantar ke pejabat.
Berbeza dengan wanita, lelaki sikapnya memang tidak suka bercakap. Seronok pun diam, sedih pun diam, banyak yang dipendam menyebabkan risiko masalah mental berganda.
Mereka hanya boleh menjadi “diri sendiri” apabila bersama dengan rakan. Oleh itu sekali sekala benarkan mereka untuk keluar bersosial tanpa ditemani isteri dan keluarga.
Beri suami “me time” untuk melakukan aktiviti yang digemari, galakkan suami untuk aktif semula di padang dan beri mereka secebis kebebasan seperti zaman bujang.
Sekali sekala benarkan mereka hadiahkan sesuatu untuk diri sebagai reward. Walaupun tubuh besar , didalamnya masih anak kecil yang ada banyak impian dan barang barang yang ingin dibeli.