GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, GELOMBANG HABA ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut dan kebiasaannya berlaku pada Mac-April.
Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan kesihatan bagi mengekalkan kesihatan sepanjang musim kejadian gelombang haba sebagai peringatan.