FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 3 – Pakai pelitup muka dengan betul. Kami semua dan anda. Tanggungjawab bersama.
Pelitup muka merupakan alat perlindungan diri (PPE) yang penting untuk mencegah penyebaran virus COVID-19.
Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan semasa fasa Peralihan ke Endemik.
Pastikan memakai pelitup muka dengan betul melitupi hidung dan mulut.
Pelitup muka yang longgar atau pemakaian yang tidak betul membolehkan titisan cecair dari hidung dan mulut keluar dan menjangkiti orang lain.
Kita juga mungkin tersedut partikel virus COVID-19 yang terapung di udara.