Kursus Asas ICT Media Sosial 

Tarikh & Masa

3 - 4 Oktober 2017 & 9.00 pagi – 4.00 petang

10-11 Oktober 2017  & 9.00 pagi – 4.00 petang

Peserta : 18 peserta

Tujuan :

Kerjasama bersama dari Pihak SKMM dan Pejabat Kadi Pontian.

Pihak PI1M telah diberi tugasan memberikan tunjuk ajar cara penggunaan dan peranan media sosial, yang merupakan medium baru digital yang interaktif pada masa kini seperti blog, facebook, Instagram dan penggunaan aplikasi dalan telefon pintar untuk tujuan edit gambar dan buat video.

Aktiviti :

Aktiviti dijalankan di PI1M TAMAN NILAM selama empat hari.

Melibatkan kehadiran 18 orang peserta dari Pejabat Agama/ Pejabat Kadi Pontian.

Pada hari pertama, pembelajaran mengunakan Gmail, Facebook, Blog(WordPress), WhatsApp dan juga Instagram.

Pada hari kedua, pembelajaran mengunakan applikasi Youtube dan telefon Pintar untuk membuat video (Viva-Video), applikasi Power Director, Pics Arts & Photo Grid pula diajar untuk peserta mengetahui cara untuk membuat video, memasukkan lagu didalam video dan juga editing gambar melalui telefon pintar.

Gambar disini


Pengenalan kepada e-rezeki

Tarikh : 20 Oktober 2017

Masa : 9.30 pagi – 5.30 petang

Peserta : 8 peserta

Tujuan:

Program ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat , terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dengan membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital.

Aktiviti :

Memberi latihan asas dan bimbingan kepada pekerja digital eRezeki.

Menyediakan kemudahan fasiliti komputer dan internet kepada pekerja digital eRezeki tertakluk kepada terma dan syarat di lokasi tersebut.

 Peserta akan dilatih, berkelayakan dan dipadankan dengan tugas-tugas sesuai atau bekerja.

eRezeki membuka saluran alternatif kepada rakyat untuk menjana pendapatan tambahan melalui peluang-peluang pekerjaan online.

Gambar disini


KDB & Kuiz Online - Pembelajaran Luar Bilik Darjah

Tarikh : 14 September 20117

Masa : 9.00 pagi

Peserta : 12 orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 12 orang pelajar pra-sekolah Rendah Sri Bunian. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menerangkan kepada pelajar mengenai Klik Dengan Bijak dan juga membuat permainan online (abcya.com)

Aktiviti :

Kami menerangkan kepada pelajar mengenai Klik Dengan Bijak menggunakan laman web Klik Dengan Bijak. Selain daripada itu, bagi mendedahkan pelajar tentang penggunaan komputer, kami mengajar pelajar membuat permainan  di laman web abcya.com.

Gambar Disini


 

Klik Dengan Bijak dan Kuiz ICT Online

Tarikh : 15 September 2017

Masa : 10.00 pagi

Peserta : 9 orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 9 orang pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menerangkan kepada pelajar apa itu Klik Dengan Bijak. Bagi menguji kefahaman pelajar tentang Klik Dengan Bijak, kami juga membuat kuiz secara online.

Aktiviti

Kami menerangkan kepada pelajar mengenai Klik Dengan Bijak mengikut laman web Klik Dengan Bijak itu sendiri kerana dalam laman web tersebut telah menerangkan dengan lebih lanjut beserta video tentang Klik Dengan Bijak. Selain menerangkan tentang Klik Dengan Bijak, kami juga menguji pelajar dengan membuat kuiz secara atas talian tentang Klik Dengan Bijak ini. Oleh itu, pelajar dapat memahami dengan lebih efisyen tentang Klik Dengan Bijak ini. 

Gambar Disini


 

Kelas Microsoft Office – Power Point (Basic)

Tarikh : 15 September 2017

Masa : 11.30 pagi

Peserta : 4 orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar menggunakan Microsoft Power Point. Ianya dapat membantu pelajar menyiapkan tugasan sekolah untuk membuat slide presentation.

Aktiviti

Kami menerangkan kegunaan dan fungsi Microsoft Power Point kepada pelajar kerana pelajar ingin menyiapkan tugasan sekolah dengan menggunakan Microsoft Power Point. 

Gambar Disini


 

Kelas Latihan Asas E-rezeki

Tarikh : 30 September 2017

Masa : 2.00 petang

Peserta : 2 Orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 2 orang belia yang ingin mendaftar sebagai ahli e-rezeki. Kami membuat kelas secara percuma kepada komuniti setempat yang berminat untuk menyertai kelas e-rezeki ini bagi menambah pendapatan sampingan.

Aktiviti

Program ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat , terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dengan membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital.

Gambar Disini


Nama Program : Hari Dashboard Komuniti PI1M Sungai Pinggan

Tarikh : 19 Ogos 2017 

Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang

Peserta : 61 orang 

 

Tujuan :

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dasboard Komuniti kepada komuniti setempat yang mana kami petugas PI1M memberikan penerangan apa itu Dashboard Komuniti seperti kegunaan, faedah penggunaan kepada komuniti setempat. Selain itu juga ianya dapat mengeratkan Silaturahim antara petugas Pi1M dengan Komuniti. PI1M sebagai pusat khidmat Komuniti

 

Aktiviti yang dijalankan :

1) Pemeriksaan kesihatan (My Health). Kerjasama bersama KOSPEN

2) Senaman Aerobik

3) Taklimat berkenaan Dashboard Komuniti

4) Product Shooting

5) Kuiz Dashboard

6) Penyampaian Hadiah

 

Gambar Disini