KDB & Kuiz Online - Pembelajaran Luar Bilik Darjah

Tarikh : 14 September 20117

Masa : 9.00 pagi

Peserta : 12 orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 12 orang pelajar pra-sekolah Rendah Sri Bunian. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menerangkan kepada pelajar mengenai Klik Dengan Bijak dan juga membuat permainan online (abcya.com)

Aktiviti :

Kami menerangkan kepada pelajar mengenai Klik Dengan Bijak menggunakan laman web Klik Dengan Bijak. Selain daripada itu, bagi mendedahkan pelajar tentang penggunaan komputer, kami mengajar pelajar membuat permainan  di laman web abcya.com.

Gambar Disini


 

Klik Dengan Bijak dan Kuiz ICT Online

Tarikh : 15 September 2017

Masa : 10.00 pagi

Peserta : 9 orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 9 orang pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menerangkan kepada pelajar apa itu Klik Dengan Bijak. Bagi menguji kefahaman pelajar tentang Klik Dengan Bijak, kami juga membuat kuiz secara online.

Aktiviti

Kami menerangkan kepada pelajar mengenai Klik Dengan Bijak mengikut laman web Klik Dengan Bijak itu sendiri kerana dalam laman web tersebut telah menerangkan dengan lebih lanjut beserta video tentang Klik Dengan Bijak. Selain menerangkan tentang Klik Dengan Bijak, kami juga menguji pelajar dengan membuat kuiz secara atas talian tentang Klik Dengan Bijak ini. Oleh itu, pelajar dapat memahami dengan lebih efisyen tentang Klik Dengan Bijak ini. 

Gambar Disini


 

Kelas Microsoft Office – Power Point (Basic)

Tarikh : 15 September 2017

Masa : 11.30 pagi

Peserta : 4 orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar menggunakan Microsoft Power Point. Ianya dapat membantu pelajar menyiapkan tugasan sekolah untuk membuat slide presentation.

Aktiviti

Kami menerangkan kegunaan dan fungsi Microsoft Power Point kepada pelajar kerana pelajar ingin menyiapkan tugasan sekolah dengan menggunakan Microsoft Power Point. 

Gambar Disini


 

Kelas Latihan Asas E-rezeki

Tarikh : 30 September 2017

Masa : 2.00 petang

Peserta : 2 Orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 2 orang belia yang ingin mendaftar sebagai ahli e-rezeki. Kami membuat kelas secara percuma kepada komuniti setempat yang berminat untuk menyertai kelas e-rezeki ini bagi menambah pendapatan sampingan.

Aktiviti

Program ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat , terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dengan membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital.

Gambar Disini