Kursus Asas ICT Media Sosial 

Tarikh & Masa

3 - 4 Oktober 2017 & 9.00 pagi – 4.00 petang

10-11 Oktober 2017  & 9.00 pagi – 4.00 petang

Peserta : 18 peserta

Tujuan :

Kerjasama bersama dari Pihak SKMM dan Pejabat Kadi Pontian.

Pihak PI1M telah diberi tugasan memberikan tunjuk ajar cara penggunaan dan peranan media sosial, yang merupakan medium baru digital yang interaktif pada masa kini seperti blog, facebook, Instagram dan penggunaan aplikasi dalan telefon pintar untuk tujuan edit gambar dan buat video.

Aktiviti :

Aktiviti dijalankan di PI1M TAMAN NILAM selama empat hari.

Melibatkan kehadiran 18 orang peserta dari Pejabat Agama/ Pejabat Kadi Pontian.

Pada hari pertama, pembelajaran mengunakan Gmail, Facebook, Blog(WordPress), WhatsApp dan juga Instagram.

Pada hari kedua, pembelajaran mengunakan applikasi Youtube dan telefon Pintar untuk membuat video (Viva-Video), applikasi Power Director, Pics Arts & Photo Grid pula diajar untuk peserta mengetahui cara untuk membuat video, memasukkan lagu didalam video dan juga editing gambar melalui telefon pintar.

Gambar disini


Pengenalan kepada e-rezeki

Tarikh : 20 Oktober 2017

Masa : 9.30 pagi – 5.30 petang

Peserta : 8 peserta

Tujuan:

Program ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat , terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dengan membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital.

Aktiviti :

Memberi latihan asas dan bimbingan kepada pekerja digital eRezeki.

Menyediakan kemudahan fasiliti komputer dan internet kepada pekerja digital eRezeki tertakluk kepada terma dan syarat di lokasi tersebut.

 Peserta akan dilatih, berkelayakan dan dipadankan dengan tugas-tugas sesuai atau bekerja.

eRezeki membuka saluran alternatif kepada rakyat untuk menjana pendapatan tambahan melalui peluang-peluang pekerjaan online.

Gambar disini