Kafe ni baru dibuka pada bulan November tahun 2023 oleh anak muda berjiwa besar, Nur Fikriah yang berusia 25 tahun. Nama Tok Dang sebenarnya adalah slang masyarakat setempat di sini yang bermaksud 'port' berdekatan kawasan laut.

Pelbagai menu disediakan antaranya hidangan western seperti pasta, menu citarasa Melayu seperti nasi lemak dan nasi paprik serta aneka dessert seperti kek, tart, dan waffle 😋

Untuk penggemar kopi boleh cuba minuman 'signature' kafe ini, D'TokDang Latte, iaitu gabungan rasa kopi dan blueberry.

🗓️Selasa hingga Ahad (Tutup pada hari Isnin)

⏰3.30 petang hingga 10.30 malam

Kalau dah pergi sini nanti jangan lupa post & share gambar!

#jompontian

#yokroundjohor

D'Tok Dang Cafe

sumber : Facebook Jom Pontian