Makanan bagi penduduk di kawasan Mukim Sungai Pinggan lebih kurang sama dengan tempat-tempat lain di Johor, namun ada beberapa menu yang menjadi keistimewaan dan "trend mark" kepada penduduk sekitar Sungai Pinggan & Benut.
Jika anda berkunjung ke sekitar Sungai Pinggan & Benut, jangan lepaskan untuk merasa menu-menu yang disediakan di tempat-tempat tersebut.
ROTI CANAI KARI KAMBING di MAN CORNER, Asam Kumbang Laut
Terletak di tepi jalan besar Benut-Pontian, simpang masuk ke Kampung Asam Kumbang Laut. Menjadi tumpuan untuk juadah sarapan pagi dengan menu terkenalnya Roti Canai Kari Kambing dan lain-lain.
YANEE TOMYAM, Asam Kumbang Laut
Terletak di Kg Asam Kumbang Laut, bermula pukul 6.00 ptg - 2.00 pagi. Pelbagai menu disediakan dengan harga berpatutan
Restoran ASAM PEDAS, Jalan Pt. Ismail (Berhadapan SMK Sri Tanjung)