Nak sambung belajar diploma atau ijazah tapi SPM tak kredit? Takde SPM? Nak sambung sarjana atau MBA tapi hanya STPM atau Diploma? Haa meh baca ni. Tengok apa yang kerajaan sediakan untuk warga kerja.

Untuk kemasukan diploma bagi yang tiada SPM dan untuk kemasukan ijazah bagi yang tiada STPM/Diploma, anda kini boleh memohon melalui Sijil MQA APEL.

Syarat utama sijil ini adalah umur.

Mereka yang ingin mohon program diploma perlu berumur 20 tahun dan ke atas dan punyai Sijil MQA APEL A Tahap 4 manakala perlu berumur 21 tahun dan ke atas dan punyai Sijil MQA APEL A Tahap 6 jika mahu mohon terus program ijazah).

Pernah dengar tak perkataan APEL ni? Memang ada bunyi macam buah.

APEL adalah singkatan untuk Accreditation of Prior Experiential Learning atau dalam bahasa Melayunya Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu.

Apa dia pulak tu? Kita baca penerangan dari pihak MQA dulu.

APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

APEL-A