Sebagaimana kampung-kampung lain di dalam Mukim Sungai Pinggan, organisasi kepimpinan kampung-kampung Kawasan (4) Mukim Sg. Pinggan dinaungi oleh Penghulu Mukim iaitu En Zulkifle Bin Tubee. Manakala Ketua Kampung iaitu Tuan Hj. Abd Rahim Bin Hj. Laberahimah bertindak sebagai pengerusi. Untuk melancarkan lagi pentadbiran kampung, Ketua Kampung Kawasan (4) Mukim Sg. Pinggan dibantu oleh seorang Setiausaha, seoran Bendahari dan 12 orang Ahli Jawatankuasa. Selain daripada itu, terdapat beberapa biro yang dilantik bagi menjaga kebajikan penduduk kampung. Biro-biro tersebut ialah Biro Wanita, Biro Belia, Biro Agama, Biro Kebajikan, Biro Ekonomi, Biro Teknologi Maklumat, Biro Pendidikan, Biro Keselamatan, Biro Sosial, Biro Keusahawanan, Biro Kebudayaan, Biro Sukan dan Rekreasi serta Biro Warga Emas.
Berikut ini senarai ahlii bagi JKKK Kawasan (4) Mukim Sungai Pinggan, Pontian Johor.
Pengerusi
Tuan Hj. Abd Rahim Bin Hj Laberahimah
Setiausaha
En. Abdul Rashid Bin Hj Md Taher
Bendahari
En. Majid Bin A Hamed
Ahli Jawatankuasa
En. Jarkasi Bin Sardi | En. Othman Bin Ahmad |
En. Samion Bin Musa | En. Samsudin Bin Kussien |
En. Bari Bin Bawok | En. Hashim Bin Bidin |
En. Tee Seng Hong | Pn. Siti Jariah Binti Hj Sadek |
Pn. Siti Shala Binti Nasiran | Pn. Taslimah Binti Tasripan |
Cik Hjh. Arpah Binti Hj Kumpak | En. Jahiman Bin Tasmin |