Latar Belakang Calon 

Nama : Pn. Zuraida Bt Abu Hasan

Tarikh Lahir : 2 April 1959

Umur : 61 Tahun

Pekerjaan : Suri Rumah

 

Latar belakang

Pn Zuraida bt Abu Hasan merupakan suri rumah sepenuh masa. Bagi menambah pendapatan keluarga, beliau menjual kordial roselle yang dibuat sendiri. Beliau menggunakan Facebook dan Whatsapp sebagai medium perantara bagi mempromosikan produk beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan. Ramai tak menyedari mengenai jualan cordial roselle yang dibuat olehnya kerana tidak tahu bagaimana hendak menggunakan media sosial dan teknologi bagi mempromosikan jualannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Sg Pinggan, beliau kini telah memiliki beberapa platform untuk menjual produk beliau melalui atas talian. Pelanggan beliau kini telah meningkat. Dari hanya komuniti di sekitar kampung, kini telah bertambah meluas pasarannya. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM1,000 – RM1,500.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, e-commerce, dan My Shop

Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

Mempelajari cara mengambil order melalui FB.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 PI membantu mempromosikan produk My Shop Dashboard Komuniti.

Membekalkan fasiliti penggunaan internet, memudahkan usahawan mempromosikan jualan.

Memberi kelas usahawan seperti latihan Bengkel Perniagaan Online.

 

Gambar disini