Latar Belakang Calon :
Nama : Nurhidayah Binti Badrulhisham
Tarikh Lahir : 17 April 1991
Umur : 28 Tahun
Pekerjaan : Surirumah Sepenuh Masa
Sebelum Penglibatan ICT / Penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700 sahaja sebulan. Ramai tak menyedari mengenai jualan BFF BirdNest dan kek yang dibuat olehnya kerana tidak tahu bagaimana hendak menggunakan media sosial dan teknologi bagi mempromosikan jualannya.
Selepas Penglibatan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Sg Pinggan, beliau kini telah memiliki beberapa platform untuk menjual produk beliau melalui atas talian. Pelanggan beliau kini telah meningkat. Dari hanya komuniti di sekitar kawasan rumahnya kini telah bertambah ke seluruh negara. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM500 – RM800.
Apa yang telah dipelajari melalui PI
Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog, Instagram dan My Shop
Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
Mempelajari cara mengambil order melalui FB
Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
PI membantu mempromosikan produk My Shop Dashboard Komuniti.
Membekalkan fasiliti penggunaan internet, memudahkan usahawan mempromosikan jualan.
Memberi kelas usahawan seperti label dan packing, risalah, bunting dan banner.