USAHAWAN KECIL
Nama | : Naswani Bt Mohamed Noor |
Umur | : 46 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Naswani Bt Mohamed Noor merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Bagi menambah pendapatan keluarga, beliau membuat bouquet coklat dan bunga mengikut tempahan pelanggan. Baliau juga seorang usahawan yang membuat perniagaan berasaskan internet (secara atas talian). Beliau menggunakan Facebook sebagai medium perantara bagi mempromosikan produk beliau.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekirat RM500 - RM800 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah antara 5-10 orang sahaja.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Sg Pinggan, beliau kini telah memiliki beberapa platform untuk menjual produk beliau melalui atas talian. Pelanggan beliau kini telah meningkat. Dari hanya komuniti di sekitar kawasan rumahnya kini telah bertambah ke seluruh negara. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM1,500 - RM3,000.
Apa yang dipelajari melalui PI
Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog, Instagram dan My Shop
Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
Mempelajari cara mengambil order melalui FB
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
PI1M membantu mempromosikan produk My Shop Dashboard Komuniti.
Membekalkan fasiliti penggunaan internet, memudahkan usahawan mempromosikan jualan.
Memberi kelas usahawan seperti label dan packing, risalah, bunting dan banner.