Usahawan Yang Membekalkan Katering Untuk Majlis Kahwin Dan Menjual Biskut / Kuih Raya Kepada Pemborong Biskut.

Nama : Cik Hanis Hamizah Binti Zaini
Umur : 23 Tahun
Ahli : 7 Januari 2017

13502765 10204954044209670 5062992070956598121 o

 

Latar Belakang

Selepas tamat pengajian diploma, beliau telah memulakan perniagaan ini. Beliau sedia menerima tempahan katering untuk apa jua majlis keraian. Selain daripada katering, beliau juga membuka kedai biskut bernama Agro Bazaar K Shoppe.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatannya dalam RM500 hingga RM800 sahaja sebulan kerana kurangnya promosi. Hanya pelanggan yang mengenalinya sahaja membuat tempahan. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan produk beliau melalui risalah dan lain-lain pengiklanan kovensional. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya PI Sungai Pinggan yang berhampiran dengan rumahnya, beliau dapat gunakan perkhidmatan internet dengan mudah dalam keadaan yang selesa. Selepas adanya penggunaan ICT beliau dapat meningkatkan pendapatannya dua kali ganda berbanding sebelumnya. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya yang lain.