1. Puan Kamariah Bt Ismail

14572285 1258268490883946 3335300614856163487 n

Latar Belakang :

Pn Kamariah merupakan seorang wanita yang sangat berbakat dalam masakan. Disebabkan minat dan bakat yang ada padanya Puan Kamariah telah memulakan perniagaan bakerinya di rumah dan diberi nama “Kamariah Cake House”.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 hingga RM300 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang di bimbing oleh PI Sungai Pinggan, Puan Kamariah telah memiliki akaun Facebooknya sendiri.Dengan adanya Facebook sendiri beliau dapat mempromosikan produk dengan lebih senang dan cepat kepada masyarakat.

Apa yang dipelajari melalui PI?

Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, WhatsApp.

Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi.

Mempelajari cara mengambil order melalui FB.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT ?

PI membantu memperkenalkan Facebook kepada peniaga dan suri rumah.

PI membantu mempromosikan produk.

Memberi kelas tambahan.

Klik disini untuk melihat laporan penuh.

 


2. Encik Azarizal Bin Ahmad

rizal

Latar belakang :

Encik Azarizal merupakan ahli baru PI Sungai Pinggan. Beliau merupakan seorang graduan lepasan universiti dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari UITM. Encik Azarizal seorang designer sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 hingga RM300 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Azarizal menggunakan PI sebagai tempat untuk menyiapkan tugasan iklannya.

Merupakan salah seorang peserta MIV ( Malaysia ICT volunteer).

Pernah mengikuti kelas yang dibuat di PI Sungai Pinggan.

Pendapatan meningkat dengan pengiklanan online.

Apa yang dipelajari melalui PI ?

Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, WhatsApp.

Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi.

Mempelajari cara mengambil order melalui FB.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT ?

Iklan perkhidmatannya di My Shop Dashboard Komuniti.

Membantu memudahkan dan mempercepatkan urusan kerja dengan capaian internet yang maksimum dan tempat yang selesa.

PI membantu mempromosikan produk.

Klik disini untuk melihat laporan penuh.

 


3. Adik Muhammad Nazri bin Salman (Celik IT)

19212982 10203457705599858 1825128016 o

Latar belakang :

Adik Muhammad Nazri merupakan salah seorang ahli PI Sg Pinggan yang sangat aktif menggunakan perkhidmatan yang disediakan di sini.  Sebagai seorang pelajar sekolah menengah adik nazri sememangnya memerlukan internet dan penggunaan komputer untuk menyiapkan tugasan sekolahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adik Nazri mengikuti kelas e-pembelajaran dan kursus- kursus computer yang di buat di PI,beliau belum mahir dengan penggunaan komputer, malah lemah dari segi penggunaan komputer dengan betul. Di sebabkan adik Nazri tidak mahir dengan penggunaan komputer ini menyukarkan adik nazri menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh cikgunya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya petugas PI1M memperkenalkan kompenen-kompenen komputer dan sistem operasi computer. Setelah sedikit mahir, beliau diajar cara mencari maklumat menggunakan carian Google.

Adik Nazri menggunakan internet untuk mencari bahan rujukan dan maklumat tambahan untuk menambah pengetahuannya.

Apa yang dipelajari melalui PI ?

Asas computer dan asas internet.

Mempelajari Ms. Office seperti Microsoft Word, Excel, Publiser dan Powerpoint.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT ?

Memberi kelas dan latihan ICT secara percuma setiap bulan.

Melalui pinjaman Netbook 1Malaysia secara percuma kepada ahli.

Klik disini untuk melihat laporan penuh.