Tarikh | : 18 Ogos 2018 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Sungai Pinggan |
Peserta | : 14 orang |
Tujuan
Program ini disertai oleh 9 orang belia dan 5 orang kanak-kanak. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerangkan tentang penggunaan My Health dalam Dashboard Komuniti dan juga cara memeriksa akaun my health pengguna. Selain itu juga, aktiviti sampingan seperti sukaneka juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi program ini.
Aktiviti
Pengguna diajar tentang cara memeriksa akaun My Health dan juga petugas membuat pemeriksaan kesihatan kepada pengguna. Selain itu juga, aktiviti sampingan turut diadakan seperti sukakena untuk kanak-kanak bagi memeriahkan lagi program ini. Dengan mengadakan aktiviti seperti ini, pengunjung dan petugas dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan juga dapat menerangkan perkhidmatan yang disediakan di pusat internet.